Jumaat, Januari 01, 2010

"Politik Di haRy jumAaT"....Fikirkan

Hari jumaat adalah hari kebaikan bagi umat islam...
bersatu dan bekerjasama dlam satu kawasan mendengar khutbah dan menunaikan solat fardhu jumaat...
ada juga yang melakukan sujud tilawah sebaik sahaja memasuki perkarangan masjid..

begitu indahnya hari jumaat...

hari jumaat juga dikenali sebagai ibu segala hari kerana banyak peristiwa berkaitan dengan islam akan berlaku pada hari jumaat...
kalau kita selalu mendengar ceramah agama...
sering kali kedengaran hari jumaat adalah hari akan berlakunya KIAMAT...
ASTAGHFIRULLAH...

kalau kita lihat rukun sembahyang jumaat..
perkara paling wajib dilakukan sebelum sembahyang adalah khutbah di antara dua waktu(kalau tidak silap anta)...







namun pada jumaat ini anta sangat terkejut dengan satu khutbah yang disampaikan di sebuah masjid......
amat mengerikan..
berpolitik di dalam khutbah..
boleh dikatakan mengapi-apikan politik di kalangan sidang JUMAAT yang mendengarnya..
apabila anta mendengar khutbah yang disampaikan..
ingin menitis air mata kecewa dan duka kerana pemimpin negara kita tidak ingin bersatu ats nama ISLAM.....
dan orang pemimpin politik yang memang kuat islamnya pula menggunakan media yang salah untuk menguatkan partinya...



kalau anda semua berada di sebelah anta dan anda adalah orang yang politiknya memilih pemimpin yang benar........
anda akan kecewa dengan mereka..
kalau anda katakan anta hanya menipu...
anta petik beberapa isi khutbah yang disampaikan dan anta dengar dengan telinga pemberian Yang MAHA ESA ini...



"rakyat didahulukan untuk mendapatkan cukai,

rakyat didahulukan untuk mengenakan cukai yang tinggi,

rakyat didahulukan untuk memberi kotrak-kontrak kepada kontraktor untuk mendapatkan wang,

rakyat didahulukan untuk menjana kesenangan hidup pemimpin itu sendiri"




pada fikiran anda semua...
wajarkah ayat itu diselitkan dalam khutbah jumaat...
wajarkah ia dibacakan di khalayak umum untuk khutbah jumaat...
kalau ingin dibacakan...biarlah di khutbah membuang undi dan menarik undi...
janganlah dibacakn di dalam rumah ALLAH dan pada hari yang sangat suci ini....



mengapa kita enggan bernaung di bawah nama islam...
tidak cukup kuatkah nama islam di mata dunia.....
atau kita sendiri yang melihat nama islam itu hanya sebagai pegangan dan bukan sebagai perjuangan....




kepada pemimpin yang akan menjadi pemimpin....
ingatlah kuasa dan agama itu berkembar....
kalau kuat agama nya tapi tiada kuasa....
akan dihina agama dan agama akan dipijak oleh MEREKA...
namun jika kita ada kuasa tapi enggan menunaikan agama...

akan jadilah kita pemimpin yang hancur binasa bersama kuasanya.
dan tinggallah agamanya hidup segan mati tak mahu...