Ahad, Mac 20, 2011

Luqmanianz Saviour….




Kisah "Gentleman Luqmanianz 2010 n Eimranianz 2009


Kisah ini saya terbitkan khas untuk perwira-perwira Luqmanianz yang selama ini telah menceriakan kelas 4 Eimran 2009 dan 5 Luqman 2010. Dalam kelas saya ini ada 13 'gentleman' sebenarnya. Namun seorang 'gentlemen' tiada dalam gambar (eh-one) manakala seorang lagi telah berpindah ketika 2009 (azman). Sebelum saya ceritakan lebih lanjut,saya akan kenalkan kepada pembaca gentleman kelas ini. Bermula di depan sekali berbaju hijau ialah Zahir,berbaju purple lagi macho adalah saya Mawie,barisan kedua berbaju purple gelap adalah Irfaan,berbaju biru ialah Siraaj, sebelahnya adalah Mc Kong @ Aizaq, dibelakangnya berbaju hitam ialah Aizat, sebelah kanannya ialah Hafizdin,seterusnya berbaju purple gelap ialah Irfi, yang segak berbaju hitam di sebelah irfi ialah Fawwaz, berbaju biru di belakang Fawwaz ialah Azree,dan di hujung sekali berbaju biru lembut ialah Imran. Semua lelaki-lelaki ini yang telah memanaskan hati dan jiwa guru-guru kelas kami serta warga-warga kaum hawa yang berada dalam kelas kami ini. Biasalah kehidupan seorang lelaki yang gemar menimbulkan masalah dan kontroversi dalam kehidupan mereka termasuklah saya. Pada awal pertemuan kami di kelas 4 eimran dahulu agak dingin dan masing-masing menunjukkan keegoaan mereka. Betul kata pepatah,xkenal maka xcinta. Akhirnya selepas 1 tahun perhubungan kami menjadi seperti adik-beradik. Malang kepada diri saya kerana sewaktu berada di tingkatan 5,saya tidak sempat untuk merasa kebahagiaan kami bersama kerana saya duduk di bilik khas. Beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM, saya banyak meluangkan masa di bilik mereka iaitu di B10. Segala benda dikongsi bersama kecuali yang ehem2. Ha3…. Setiap hujung minggu akan ada pesta makanan kerana ibu bapa rakan saya akan datang melawat mereka. Sebilangan daripada kami yang tinggal agak jauh daripada ibu bapa akan berkongsi kegembiraan merasa 'home made food'. Kami juga selalu menyambut ulangtahun kelahiran setiap warga kelas kami. Dengan mastermind kami yang penuh dengan tipu helah iaitu Siraaj. Segala sambutan itu akan menjadi ingatan yang paling berharga dalam kalangan kami. Persahabatan kami diibaratkan bagai kiambang bertaut. Segala kesedihan dan kegembiraan kami kongsi bersama. Kemarahan yang dilontarkan oleh guru kami juga kami hadapi bersama. Memang adat persahabatan tidak akan senyap tanpa pergaduhan dan perselisihan. Banyak kali juga dalam kalangan kami tidak bertegur sapa kerana berselisih faham. Namun kerana ikatan persahabatan yang kukuh akhirnya kami berdamai juga. Wahai gentleman Luqmanianz, saya selalu berdoa agar kita sama-sama dapat berjaya di dunia dan akhirat. Moga persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun dipisahkan oleh lautan dan kekangan masa. Moga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.


Annual Dinner…..

Annual Dinner MJSC PC

~the secrets~

Assalamualaikum w.b.t….Nak cerita sikit pasal annual dinner batch 09-10 kat maktab aku. Dinner ini adalah untuk bebudak tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajiannya di maktab ini pada tahun ini. Tarikh yang telah dipilih adalah 15.10.2010 dan tema untuk dinner ni adalah The Secrets. warna yang dipilih untuk pakaian dinner ini pula adalah red,black and white. Aku telah pergi ke banana streets di KB Mall unutk membeli pakaian aku untuk annual dinner ny. Gempak la jugak pakaian tu. Sesuai unutk aku yang mementingkan formality and stylo. Tali pinggang pulak di 'sponsors' oleh GUCCI yang aku dapat daripada kedai THE MOOTS kat KB Mall jugak. Bleh dikatakan bajet aku mencecah lebih RM50 jgak la, tapi berbaloi apew….hehehehehehehehe… Then unutk malam tu, acara dimulakan dengan perarakan masuk V.V.I.P dengan disertai gimik yang fullammakkkk gempak siiooottt….. Dengan semburan api oleh bebudak form 4 dan disertai oleh alunan muzik Phantom of the opera. Jadi lepas tu, ucapan daripada ayahanda

pulak diteruskan.



 


 


 

Jadi kteorg pun teruskan dengan sesi menjamu selera. Makanan ditempah khas daripada New Horizons Garden Kota Bharu(tempat 4.00 makan). Menunya agak menyelerakan tapi tak puas hati sebab sikit sangat. Hehehehehehehe…… ny lah makanan kami…

Agak menyelerakan la nampaknya. Jadi dalam dinner ny ada beberapa anugerah telah dipertandingkan. Aku Cuma setakat calon untuk king of the year jep tapi kalah….huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu….. okla, setakat ny jer bleh citer kowt.. gambar banyakla untuk

tatapan…