Jumaat, Mei 06, 2011

Luqmanianz Story

A Tribute To Luqmanianz..


Kalau tajuknya BI,tapi coretannya biarlah dalam bahasa persuratan biar orang lebih mengerti isi hati yang ingin diluahkan.

Derapan langkah menuju kejayaan aku isi dengan kemasukanku ke MRSM BITARA Pengkalan Chepa yang dibina megah di tanah kelahiran Cik Siti Wan Kembang. Impianku amat mudah,untuk menggapai sebuah kejayaan yang mampu menjadikan akua antara khalifah yang gemilang di muka bumi ini. Namun apa yang aku impikan tidaklah boleh dikatakan berjaya, namun orang kata bolehlah diperkatakan sedap telinga si pendengarnya. Bukanlah ini tujuan utamaku mencoret nukilan ini,namun aku sebenarnya ingin melahirkan sedikit penghargaan kepada rakan-rakanku di kelas 5 Luqman 2010 dan 4 Eimran 2009.

Jika diperkatakan tentang jasaku kepada kelas ini, amatlah sedikit bak debu-debu yang berterbangan di tepian pantai. Namun aku akui,kesibukan sebagai pemimpin di maktabku menghendaki aku agar berkoraban masa dan perhubungan dengan sesiapa pun. Kepada rakan kelasku,beribu keampunan ingin ku pohon andai diri ini tidak memberikan apa2 keceriaan kepada kelas ini. Perasaan jiwaku sering meronta untuk berhibur bersama rakan dan taulan yang berada di sekelilingku. Namun itu semua hanyalah umpama menunggu bulan jatuh ke riba kerana sebagai pemimpin hanyalah sedikit ruang dan peluang yang boleh diperuntukkan untuk kehidupan.

Kepada rakan luqmanianz dan eimranianz, kalian semua telah menghiburkan diriku di kala hati ini gundah gulana dan terbeban akan masalah yang menghantui mainan perasaan. Dikala kesedihan melanda jiwa teruna ini, kalianlah yang telah memberi kata-kata perangsang agar khalifah ini tidak mudah gugur menempuhi cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh insan bernama manusia. Segala gelak tawa dan gurau senda yang dilahirkan oleh kalian semua,amat diri ini hargai kerana telah mengurangkan beban yang terpikul di kana dan kiri bahu kerdil ini.

Hanya satu yang saya kesali. Peluang untuk berkongsi kasih dan perasaan tidak dapat diri gunakan dengan sebaiknya. Andai putaran masa dibenarkan dalam hidup ini, memang akan kuputarkan masa kepada permulaan pertemuan kita semua. Biar gelak tawa dan gurau senda serta tawa hiba dapat kita berkongsi bersama-sama agar apa yang kita semua lalui dapat menjadi satu memori yang kekal abadi. Andai doraemon betul-betul wujud di alam nyata ini, akan diri ini arahkan doraemon supaya kembali ke masa yang silam agar dapat dituntut kembali tangisan air mata dan percikan hilai tawa yang kita sama-sama wujudkan.

“rakan,kita dipertemukan kerna telah tertulis yang kita akan bertemu. Kita dipisahkan kerna ianya juga tertulis akan perpisahan kita. Memang lumrah pertemuan akan ada perpisahan yang harus dilalui. Kerna itu diri membenci akan pertemuan yang berlaku. Kerna jika tiadanya pertemuan, tangisan tidak akan kedengaran memecah tawa riang yang kita bina bersama. Rakan,andainya kita berpisah sekali lagi. Anggaplah perpisahan itu sebagai jihad menuju kemenangan abadi. Andai kata kita ditemukan semula,anggaplah pertemuan itu sebagai kemenangan yang akan kekal abadi. Kita bertemu untuk menggapai cita-cita,dan kita juga berpisah unutk mengejar cita-cita. Biarlah segala memori ini terpahat di lubuk hati dan menjadi tonik diri unutk mencapai segala apa yang diingini hati. Dan sekiranya perpisahan itu diperlukan,biarlah kematian menjadi saksinya.”



Tiada ulasan: