Jumaat, Disember 10, 2010

Harapan hatiku

Mungkin ketika aku sedang menulis luahan ini, orang yang aku maksudkan sedang membaca blogku…. Sebenarnya sejak dahulu lagi aku telah melihat dirinya seorang yang sempurna baik dari agamanya,wajahnya,peribadinya dan kepintarannya…. Memang aku sedang mencari seorang muslimah yang mampu mengajar aku erti sebenar kehidupan dan percintaan….Bukan hanya cinta monyet, namun cinta yang mampu membawa diri mengenali jiwa yang kosong ini…hmmmmmmmmmmmmmmmmm…. Entah mengapa tiba-tiba aku merasakan aku patut meluahkan apa yang terbuku di hati dan jiwaku ini… Mengenali dirinya buat pertama kali menyebabkan aku merasakan dirinya hadir sebagai permaisuri islamku suatu hari nanti…. Allah telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan melalui tulang rusuk kiri seorang adam yang di gunakan untuk menjadikan seorang hawa… dan tidak mungkin seorang Adam itu tidak mempunyai pasangannya kerana sudah termaktub di dalam perjalanan hidupnya akan mendapat seorang kekasih jiwa… Tapi bagiku, tanpa usaha dan keinginan seorang Adam tidak akan dapat memperoleh apa yang dikatakan sebagai pelengkap kehidupan….. Memang benar apa yang lirik lagu sebuah lagu nasyid nyatakan……perkara pertama yang perlu diambil kira untuk memilih seorang bidadari kehidupan adalah agamanya,seterusnya keturunannya, lagi rupa parasny, dan hartanya… Namun aku melihat dirinya seperti sudah mempunyai kelengkapan yang perlu diketahui…tidak perlu untukku berbicara dengan panjang dan lebar akan peribadinya… jadi konklusinya dirinya adalah muslimah sejati……

Tiada ulasan: