Jumaat, Disember 10, 2010

Kesunyian Ini

KESUNYIAN INI


 

Senja menutup tirainya,

Si bulan muncul menerangi alam,

Namun kesunyian tidak pernah cuba lari,

Lari daripada kehidupan ini,

Mengapa aku yang merasa,

Kesunyian kehidupan yang amat menyeksa,

Tiada hilai tawa,

Tiada tutur kata,

Yang hanya ada cengkerik bermain biola,

Si burung dengan temannya,


 

Aku cuba mencari kehidupan yang lebih beerti,

Kerna aku bukanlah si pekak,

Yang hidupnya tanpa bunyi,

Aku bukan si buta,

Yang hidup penuh kegelapan.


 

Aku manusia biasa,

Yang ingin mndengar suara manuisa,

Jadi penghibur di kala aku merana,

Dengan kedukaan jiwa dan prasangka.

Tiada ulasan: